Semua sekolah digalak manfaatkan portal - Yaacob
KUALA LUMPUR 2 Julai - Semua sekolah di Wilayah Persekutuan digalakkan menggunakan Portal Pendidikan Utusan untuk membantu memantapkan proses pendidikan.
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Yaacob Wan Ibrahim berkata, Portal Pendidikan Utusan merupakan kemudahan yang bersesuaian dengan perkembangan kaedah pendidikan maya (e-learning) pada hari ini. Kewujudan portal berkenaan jelasnya, bertepatan dengan usaha-usaha ke arah pendidikan maya yang digalakkan oleh kerajaan.
``Oleh itu, semua sekolah dan warga pendidik patut menggunakan peluang ini untuk mendapatkan maklumat dengan lebih pantas,'' katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Portal Pendidikan Utusan Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.
Portal Pendidikan Utusan dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad di Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman di sini.
Beliau mengalu-alukan langkah Utusan Malaysia mewujudkan portal itu sebagai suatu khidmat sosial kepada semua golongan.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohd. Yassin berkata, keprihatinan Utusan terhadap minat pelajar kepada e-pembelajaran mendorong Utusan Malaysia mewujudkan gerbang pendidikan ini.
Katanya, langkah Utusan itu juga selari dengan kajian yang menunjukkan bahawa pelajar menghabiskan antara lapan sehingga 10 jam melayari Internet.
``Oleh kerana penggunaan Internet diterima oleh sebilangan besar remaja kita maka satu pendekatan pembelajaran perlu dilaksanakan dan Utusan Malaysiatelah memulakan langkah tersebut dengan pelancaran Portal Pendidikan Utusan,'' katanya.
Kamarul Ariffin menambah, portal yang itu adalah satu pendekatan pembelajaran bagi membantu pelajar memahami dan menguasai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah dengan lebih baik.
Beliau berkata, pewujudan portal itu bertujuan membantu setiap pelajar dalam pembelajaran masing-masing supaya mereka menjadi insan yang terpelajar dalam acuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
``Ia adalah antara khidmat dan tanggungjawab sosial Kumpulan Utusan dengan gabungan pendidik terkenal,'' katanya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dipetik dari laman web ni=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0703&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

No comments:
Post a Comment